Masjid As-Solihin Padang Luas, Jerteh, Besut

Masjid Padang Luas terletak dalam Mukim Pelagat, di pinggir jalan utama Kuala Terengganu ke Kota Bharu iaitu jaraknya lebih kurang 3km dari bandar Jerteh.

Masjid ini merupakan binaan yang kedua kerana sebelum ini ahli qaryah menggunakan masjid kayu yang jaraknya lebih kurang 500 meter. Masjid lama ini pada asalnya adalah sebuah surau yang telah dinaiktarafkan.

Pembesaran dan pembinaan tidak boleh dilakukan di tapak ini kerana tanah yang diwakafkan agak sempit. Masjid baru ini dibina di atas tanah yang diambil balik oleh kerajaan seluas 0.750 ekar dengan kos RM432,112.00. Dimulakan pembinaannya pada 27 Januari 1985 dan siap pada 16 September 1986, dan dapat menampung seramai 700 orang jemaah.

Info dari: emasjid.terengganu.gov.my/ .

Borang Infaq

RM
+60
RM
powered by